Berita: Percepat laksana skim pencen swasta: MTUC - Labour Law Blog

Latest

Mar 16, 2010

Berita: Percepat laksana skim pencen swasta: MTUC

2010/03/16

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mempercepatkan pelaksanaan skim pencen pekerja swasta selain mengambil kira kedudukan ekonomi pekerja kategori miskin tegar.

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata jumlah pencen yang akan diterima perlu mengambil kira keperluan pekerja supaya kedudukan mereka dapat melepasi paras kemiskinan selepas bersara.

“Sumber dana yang akan diperuntukkan untuk pencen berkenaan haruslah tidak membebankan pekerja dan dikaji secara terperinci memandangkan ramai yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua,” katanya. Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (KPPKTMB), Abdul Razak Md Hassan, berkata skim pencen yang efektif dapat dilaksanakan apabila jumlah gaji minimum pekerja dinaikkan.

“Apabila gaji minimum naik, tidak timbul masalah pekerja yang tergolong dalam kategori miskin tegar malah pihak kami sudah memperjuangkan gaji minimum pekerja sebanyak RM900 sejak dulu lagi.

“Ini adalah satu cara untuk meningkatkan kebajikan pekerja secara tidak langsung melepaskan pekerja dari belenggu kemiskinan disebabkan taraf kehidupan yang semakin meningkat.

“Malah tidak timbul isu pemansuhan caruman perkeso berbentuk insurans sedia ada kerana caruman berkenaan adalah satu cara bagi pekerja mendapatkan faedah atau bantuan apabila terbabit dengan kemalangan di tempat kerja,” katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan kerajaan akan mewujudkan skim pencen pekerja swasta yang dijangka bermula pertengahan tahun depan bagi membolehkan mereka mempunyai saraan hari tua.

Skim berkenaan mirip skim pencen golongan awam terutama bagi golongan berpendapatan rendah kerana ramai warga tua yang memasuki kategori miskin tegar selepas menghabiskan wang simpanan tua mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber: Berita Harian

1 comment:

  1. Comment: "Berita: Percepat laksana skim pencen swasta: MTUC"

    ReplyDelete

Post Bottom Ad


http://www.labourlawbox.com/